GRAMMATICAL ERROR EVERYWHERE


Saturday, May 4, 2013

kehidupan

hi engkau orang. sihat? bertemu kembali kita. gituww. sebenarnya tak tahu lah apa motif kali ni. tapi aku harap ada lah motif aku update blog kali ni. aku nak tanya berapa lama engkau dah hidup dalam kehidupan di dunia ni? dan berapa lama engkau hidup dalam mimpi yang kau sendiri cipta? ada perbezaan di situ. jaga jaga ketika membaca. kau mungkin hidup dalam realiti tapi hakikatnya kau masih bermimpi. kau masih mengharapkan sesuatu yang tak pasti. jangan lah engkau nak tipu aku. sebab semua orang akan alami benda yang sama. kau masih bermimpi untuk bersama si dia yang belum tentu pasti nak hidup dengan engkau. itu lah kehidupan. kau hidup siang dan malam. semua orang akan alami yang membezakan hanyalah keupayaan kau dalam mengawal kehidupan yang jelas kau sendiri tidak tahu penamatnya. sekali kau sakit tak bermakna kau tak akan rasai selepas ini. mungkin rasa sakit yang lebih dasyat bakal menyusul. kau mungkin sedih, kecewa dan disakiti. tapi bila kau mampu mengawal semua ini, ia tidak akan berpanjangan. kau anggap semua yang engkau alami sekadar rasa yang normal sebagai manusia. bila kau melayan perasaan sampai bila bila kau akan hidup dalam kesedihan, kemurungan dan lain lain. orang orang yang macam ni otaknya tak berfungsi atau mungkin gagal berfungsi. harapnya kau faham kenapa aku kaitkan dengan otak. kau punya otak untuk berfikir, dan dalam kehidupan kau perlu berfikir untuk membuat keputusan untuk jalanani kehidupan ini sebagai seorang yang punya kehidupan yang normal atau tidak. dalam membuat keputusan cuma ada dua pilihan jawapan, nak atau tak nak. sebab tuh wujudnya "nak seribu daya, tak nak seribu dalih". kau perlu hidup dalam realiti. supaya engka rasa apa itu kehidupan.

enjoy reading and a bigg thank you , xoxo

No comments:

Post a Comment