GRAMMATICAL ERROR EVERYWHERE


Sunday, August 11, 2013

Warkah sesorang di masa lalu


Awak,

Saya tinggalkan sisa hati yang ada.
Untuk awak kenang bila saya tiada lagi di sisi.
Sisa sisa kehidupan ini saya teruskan tanpa rasa kesal.
Sepalat mana pon rasa yang sedang saya bawa,
Palat lagi dugaan yang saya sedang harungi.
Awak istimewa tanpa awak sedar.
Mungkin sahaja awak terlupa wujudnya saya di sisi.
Manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan.
Teruskan lah kehidupan yang telah awak pilih.
Jangan pandang belakang.
Saya adalah sejarah masa lalu.
Dan saya hanyalah picisan yang menunggu tanpa jemu.
Setiap langkah perjalanan saya,
Setiap itu juga nama awak saya bawa.
Lupakan saya, lupakan kenangan kita.
Jangan awak lakukan kesilapan yang sama untuk kali ini.
Saya mungkin mati dimamah masa.
Di saat awak sedang nikmati kebahagian dan kasih sayang,
Diri ini mungkin akan turut sorak kegembiraan.
Walau perit di hati dan ditemani linangan air mata.
Kegembiraan awak satu kejayaan bagi saya.

Teruskan lah kehidupan ini sayang, walau sisa sisa dan cebisan yang tinggal. Nikmati lah.

Saya.


No comments:

Post a Comment