GRAMMATICAL ERROR EVERYWHERE


Wednesday, July 26, 2017

Satu dunia

Cinta ini akan aku bawa ke seluruh dunia.

Akan aku semai di setiap bucu.
Supaya seisi dunia tau
Bahawa cinta ini hanya untuk kamu

Untuk kamu yang tidak bisa menerimanya
Untuk kamu yang tidak ingin ia lagi

Cinta ini akan aku teruskan sehingga mata tidak terbuka
Cinta ini akan aku semaikan hingga tanah hancur menjadi debu

Terbang dan hilang

Entah mengapa. Sulit untuk percintaan ini diteruskan.

Apa mungkin tuhan sedang menguji ketulusan cinta kita?
Atau
Apa mungkin tuhan itu ingin memisahkan kita?

Tuhan tak mungkin memisahkan sebuah percintaan melainkan
Yang datang itu dari kita sendiri. Kita yang mengusung rasa ini

Tuhan hanya bantu mana perlu.
Tuhan duga supaya kita terus kekal kuat dan tabah.

Andai kata kita kalah, kita juga yang kehilangan cinta itu
Ia akan terbang dan pergi jauh. Jauh dan hilang tanpa khabar

Friday, July 21, 2017

Tiada lagi rayuanku

Untuk sekian kalinya, aku berhenti merayu.

Merayu untuk meraih cinta yang dahulunya buat diriku.
Cinta yang tak pernah aku sangkakan diakhirnya membunuhku tanpa sebarang simpati.

Aku mati dan hilang.

Aku kira cinta itu akan sentiasa miliku.
Segala ruang, segala rasa, segala-galanya aku berikan.

Aku dibuang begitu saja.
Mungkin betul, aku tidak layak disayangi.
Aku tidak layak dicintai.
Aku tidak layak untuk tinggal selamanya di hati mu.

Maafkan andai kata setiap apa yang aku lakukan tidak mampu untuk buat kau bertahan.
Bertahan memperjuangkan cinta yang kita pernah bina dulu
Bertahan memperjuangkan hubungan yang rapuh ini.

Aku mungkin tidak lagi yang terbaik buat dirimu.
Aku mungkin hanya cebisan kain untuk kau guna

Pergi la. Pergi jauh dari aku dan berbahagia la tanpa aku di sisi.
Aku tidak sanggup untuk bertahan dan mempertahankan.

Andai ini yang terakhir, ingat la. Cinta ini akan aku bawa sehingga kesyurga.

Pecah dan berderai

Bukan kah kita sepatutnya saling mencintai dan berjanji untuk setia selamanya?

Apa mungkin kita tidak dijodohkan bersama?
Atau mungkin cinta itu tidak pantas buat kita yang saling mendambakan antara satu sama lain?

Mungkin yang pecah dan berderai itu hati yang pernah dulu aku simpan di tempat paling dalam.
Paling tidak mudah disentuh.
Paling tidak mudah untuk dirobek.
Paling tidak mudah untuk dimiliki.
Paling tidak mudah untuk diungkap.

Namun aku tidak punya kuasa.
Tidak pula punya cara untuk biarkan ia diseimpan rapi.

Akhirnya, ia jatuh dan berderai.
Aku tidak mampu membantu diri sendiri.
Aku tidak mampu untuk cantumkan setiap serpihan yang ada.

Biarkan saja ia bertaburan. Biakan ia hancur tanpa kesan.

Cinta

Ianya begitu suci untuk dinodai.
Ianya begitu mudah untuk dinodai.
Ianya takkan pernah cukup.

Entah kenapa cinta itu menjadi punca aku hilang arah. 
Entah kenapa cinta itu buat aku lupa yang cinta itu tak semestinya harus dimiliki.